aboutME cbox lain lain home entry

  

Older Post >> | << Newer Post
Tips hilangkan rasa sedih
Tuesday, 13 August 2013 | 0 comments


Entry kali ni aku nak share macam mana nak kurangkan rasa sedih :')
aikk kenapa tiba tiba ni ? he  :face5:
aku memang tenga sedih pung sekarang ni , tapi tak apa aku cuba untuk happy kan diri aku :D
jangan layan sangat perasaan ni , kang melarat pulak kan ? ok cukup , now korang baca la tips yang aku kongsi ni ea , :face19:
1. Cepat-cepat pergi berwuduk
Tu semua mainan syaitan je. Syaitan diperbuat daripada api dan akan musnah oleh air wuduk.


2. Berzikir, solat dan membaca al-quran
Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT. Mengadulah kepada-Nya kerana Dia maha mendengar rintihan hamba-Nya. Menangislah sepuas-puasnya ketika berdoa selepas solat. Cuba baca dan fahami terjemahan pada setiap ayat al-quran yang dibaca, pasti akan memberi inspirasi kepada kita.


3. Muhasabah diri

Ambil peluang untuk bermuhasabah diri, lihat kekurangan diri dan cari penyelesaian untuk memperbaiki kelemahan itu. Ingatlah kita sebenarnya tidak bersendirian, masih ada Allah SWT yang setia bersama kita di saat suka dan duka.



4. Senaman minda positif

Pejamkan mata. Tarik nafas dalam-dalam sambil menggenggam tangan seperti penumbuk dengan kiraan 5 saat, tahan nafas 5 saat dan lepaskan perlahan-lahan dalam kiraan 5 saat juga (ketika melepaskan nafas itu bayangkan semua kesedihan juga dilepaskan pergi).


5. Banyakkan minum air kosong

Minum air kosong sambil berselawat ke atas Rasulullah SAW.


6. Buka blog atau laman sosial lain

Baca entri blogger lain. Sekurang-kurangnya kita tak rasa keseorangan . Namun elakkan bergosip atau menyebarkan keburukan orang lain pula.



7. Melakukan aktiviti atau hobi yang disukai
Macam aku suka baca novel.blogger-emoticon.blogspot.com Contohnya jika anda suka memancing, luangkan masa untuk memancing.


cukup tak ? tak cukup ? eee g la tanya sendiri ngan pakcik GOOGLE  

okay laa..babaii sayangs..